PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081110

Syor urus mata wang asing RM2j sehari

Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan menaikkan had dagangan mata wang asing kepada RM2 juta sehari bagi memberi peluang lebih luas kepada pengurup wang tempatan memperkembangkan perniagaan mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Persatuan Saudagar Barang-barang Emas dan Pengurup Mata Wang Melayu Pulau Pinang akan dibincang dengan Bank Negara dalam waktu terdekat.

Ketika ini katanya, di bawah Seksyen 29 Akta Pengurup Wang 1998, pedagang tidak dibenar memegang stok mata wang asing lebih daripada RM250,000 sehari.

''Kita akan bincang perkara (cadangan) tersebut dengan Bank Negara. Sebarang keputusan hanya akan dapat dibuat selepas perbincangan tersebut.

''Saya tidak tahu bila ia akan dilakukan tetapi perkara ini akan saya bincangkan terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru persatuan tersebut di Lorong Soo Hong off Lebuh Ah Quee di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden Persatuan Saudagar Barang-barang Emas dan Pengurup Mata Wang Melayu Pulau Pinang, Abdul Waheed Abdul Wahab dalam ucapannya merayu kerajaan menaikkan had dagangan mata wang asing daripada RM250,000 kepada RM2 juta sehari.

Menurut beliau, peraturan yang diperkenalkan kerajaan selepas tambatan mata wang pada tahun 1998 itu telah menjejaskan peniagaan pengurup mata wang daripada memperluaskan perniagaan mereka.

''Peraturan itu tidak fleksibel kerana kami tidak dibenarkan memegang lebih daripada RM250,000 dalam mata wang asing sehari. Ini mengurangkan kuasa pemegangan sebaliknya kos operasi semakin meningkat.

''Bagaimana mahu menjadi penggiat global jika halangan ini tidak dimansuhkan. Semua perniagaan berkembang di Malaysia kecuali pedagang wang. Peraturan ini benar-benar menyulitkan kami," katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan jika perlu pertambahan dalam pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Selasa lepas.

''Kerajaan sedia kaji perkara itu. Saya pasti Datuk Seri Najib juga akan melihat kemungkinan-kemungkinan tersebut," katanya.

No comments: