PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081103

Minta peluang kedua ganti opsyen KWSP

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memberi peluang kedua kepada 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk diberi pilihan menyertai skim pencen.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan perkara itu kerana ada perbezaan ketara antara pemegang opsyen pencen dengan KWSP, terutama selepas persaraan mereka.

Kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP tidak akan menikmati kad persaraan, tiada kemudahan persaraan dan gratuiti selepas persaraan.

Bagi saya nilai RM200,000 atau RM300,000 disebut ketika dulu adalah satu jumlah besar, tetapi kini nilai itu kecil dan tidak cukup untuk menyara kehidupan selepas bersara," katanya di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam kelmarin.

Omar berkata, Cuepacs berharap kerajaan dapat memutuskan permohonan itu selewat-lewatnya hujung tahun ini supaya nasib 43,000 kakitangan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

"Berilah mereka peluang sekali saja lagi untuk memilih opsyen ke arah pencen. Saya yakin kerajaan cukup prihatin dengan kakitangan kerajaan termasuk menaikkan pencen dan menambah usia persaraan daripada 55 kepada 58 tahun," katanya.

Katanya, peluang kedua yang diberikan kerajaan akan mencetuskan semangat kepada kakitangan terbabit untuk melaksanakan apa juga dasar yang dirancang bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam negara

No comments: