PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081126

Jangan tolak permohonan usahawan

Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) diseru supaya tidak mengamalkan sikap diskriminasi dan menolak permohonan pembiayaan bagi projek-projek usahawan tempatan yang berpotensi berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, DFI merupakan institusi khas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan para usahawan.

Beliau berkata, keperluan usahawan meliputi penyusunan dan penstrukturan semula kemudahan kredit sedia ada bagi mengurangkan beban kewangan perlu dilayan.

''DFI perlu memberi lebih fleksibiliti dan berbincang dengan pelanggan masing- masing untuk menstruktur kemudahan pembiayaan sedia ada mereka,'' katanya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Penasihat kepad Kementerian Kewangan, Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail yang mewakili Nor Yakcop pada majlis perasmian Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DFI, di sini hari ini.

Selain itu, Nor Yakcop berharap DFI dapat mengadaptasi amalan kerja terbaik daripada bank swasta seperti dalam aspek tadbir urus korporat dan ketepatan modal.

''Sekiranya DFI menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sama seperti bank swasta maka tujuan awal penubuhannya untuk memberi kemudahan pembiayaan bagi agenda pembangunan negara akan terbantut.

''Fungsi lain DFI juga adalah menyediakan kemudahan pembiayaan yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan swasta,'' jelasnya.

Selain itu, Nor Yakcop menggesa DFI memberi penekanan kepada golongan usahawan daripada industri kecil dan sederhana kerana kumpulan tersebut merupakan segmen terpenting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, selain membantu kumpulan berkenaan daripada aspek pembiayaan, IKS juga boleh dibantu daripada sudut menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan sebagai usaha menjadikan mereka lebih bersedia dan berdaya saing menghadapi persekitaran ekonomi yang lebih mencabar.

''Pengurusan risiko juga adalah perkara penting bagi memastikan sesebuah syarikat itu lebih kukuh menghadapi sebarang cabaran pada masa depan, oleh itu, FDI boleh membantu usahawan IKS untuk mengamalkan pengurusan risiko bagi meneruskan perniagaan mereka untuk jangka panjang,'' terang beliau.

No comments: