PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081125

Pendapatan ASN 3 tujuh sen seunit



Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) sebanyak tujuh sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2008.

Jumlah itu menyusut satu sen berbanding tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, seramai 10,511 pemegang unit telah melanggan 112.91 juta unit amanah yang diuruskan oleh anak syarikat PNB, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) sehingga Jumaat lalu.

Beliau berkata, sejumlah RM7.90 juta diperuntukkan bagi pembayaran pengagihan pendapatan dana yang harganya bergerak mengikut pasaran dan dibuka pelaburannya kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Ahmad Sarji menjelaskan, jumlah pembayaran pengagihan pendapatan meningkat sebanyak 13.18 peratus pada tahun ini berbanding sebanyak RM6.98 juta pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata: ''Dengan peruntukan itu, kadar pengagihan pendapatan bagi tahun ini adalah berjumlah tujuh sen seunit.

''Berdasarkan nilai aset bersih (NAB) ASN 3 pada 21 November 2008 iaitu RM0.943 seunit, kadar hasil pengagihan pendapatan pemegang unit itu adalah bersamaan 8.04 peratus,'' kata beliau semasa mengumumkan pengagihan pendapatan saham amanah itu, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

ASN 3 yang merupakan Dana Imbang telah dilancarkan pada 16 Oktober 2001 dengan sasaran menjana pertumbuhan dalam tempoh sederhana dan jangka panjang melalui pelaburan dalam portfolio yang seimbang serta menerusi pelaburan semula pengagihan pendapatan.

Ahmad Sarji menjelaskan sehingga 21 November 2008, dana ASN 3 telah memperoleh pendapatan kasar RM7.07 juta iaitu penurunan sebanyak 21.01 peratus berbanding RM8.95 juta yang diperoleh bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2007.

Pendapatan daripada penjualan pelaburan menyumbang sebanyak RM2.76 juta, pendapatan dividen sebanyak RM2.57 juta manakala lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM1.74 juta daripada pendapatan kasar.

Katanya: ''Tahun 2008 adalah tempoh kewangan yang mencabar bagi pengurus pelaburan ASN 3 apabila pasaran saham mengalami penurunan mendadak berikutan krisis kewangan global yang menyaksikan beberapa ekonomi negara utama dunia berada di ambang kemelesetan.

''Pasaran saham negara juga tidak terkecuali menerima kesan kemelut itu apabila sehingga 21 November baru-baru ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) mengalami penurunan sebanyak 37.95 peratus,'' jelas Ahmad Sarji.

Beliau berkata, pengiraan agihan pendapatan akan dibuat berdasarkan pegangan unit sehingga 30 November, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN 3.

Katanya, pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dalam bentuk unit baru secara automatik berdasarkan kepada NAB pada 30 November ini.

Bagi mereka yang melanggan unit- unit ASN 3 melalui skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan KWSP masing-masing.

''Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASN 3 masing-masing di ibu pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Disember,'' kata beliau sambil menambah semua urus niaga kini ditangguhkan bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan.



488 juta lagi unit ASD


Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini menawarkan jualan sebanyak 488 juta unit tambahan Amanah Saham Didik (ASD), sekali gus meningkatkan saiz dana itu kepada tiga bilion unit.

Ini adalah penambahan kedua terbesar bagi unit-unit terbaru saham amanah tersebut sejak ia dilancarkan pada 20 April 2001.

Penambahan unit ASD itu adalah kali kelapan sejak pertama kali dilakukan pada 2002 melibatkan 200 juta unit, sebelum ditambah lagi 200 juta unit pada 2004, 500 juta unit (2005) dan 300 juta unit (2006).

Pada 2007, penambahan dilakukan dua kali, masing-masing sebanyak 200 juta unit pada Julai dan 300 juta unit pada November manakala pada 2008 pula, penambahan unit baru saham amanah itu adalah pada Julai melibatkan sebanyak 200 juta unit.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, saiz dana ASD sejak ia diperkenalkan sebelum ini berjumlah 2.512 bilion unit.

ASD disasarkan kepada bumiputera yang ingin melabur bagi tujuan pembiayaan pendidikan dan pelaburannya dibuka kepada pelabur bumiputera yang berusia enam bulan ke atas.

Hamad Kama Piah berkata, melalui penambahan unit baru tersebut, ramai rakyat negara ini berpeluang memiliki unit amanah yang ditawarkan itu.

‘‘Kami yakin ia akan menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelabur memandangkan pencapaian jualannya pada masa lalu,’’ katanya selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008, ASD dana pertumbuhan berharga tetap itu mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak tujuh sen seunit.

Sejak dilancarkan, purata pengagihan pendapatan dana berkenaan adalah 7.4 sen seunit.

Hamad Kama Piah juga berkata, pihaknya akan menambah unit baru dalam tiga lagi dana unit amanah minggu ini, sekali gus menjadikan saiz dana miliknya mencecah 80 bilion unit menjelang akhir tahun ini.

Sehingga April tahun ini, jumlah dana unit amanah yang diurus oleh PNB telah mencecah kepada 76.7 bilion unit bernilai RM120 bilion berbanding 540 juta unit sahaja pada 1981 ketika ia ditubuhkan.

Ditanya mengenai cadangan parti MIC supaya diadakan mekanisme di bawah PNB untuk meningkatkan pemilikan ekuiti di kalangan kaum India di negara ini, beliau berkata, ia masih lagi dalam perbincangan.

‘‘Kami masih berunding, sebarang keputusan akan dimaklumkan oleh pihak atasan (kerajaan), kami (PNB) tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang mendahului pihak lain,’’ jelasnya.

Baru-baru ini, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, mekanisme khas itu akan menggunakan model yang serupa seperti digunakan untuk membantu bumiputera.

Menurut Samy Vellu, perkara itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan

No comments: