PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081110

Harga minyak turun lagi?

Rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika trend penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga purata petrol adalah di bawah AS$70 setong pada lapan hari terakhir Oktober lalu dan minggu pertama bulan ini.

"Berdasarkan trend itu, pasti harga petrol akan berada di bawah AS$70 setong untuk November.

"Harga akan diturunkan secara munasabah, mungkin dilakukan dua kali sebulan, seperti Oktober lalu iaitu pada pertengahan dan hujung bulan," katanya.

Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang dan Projek Pemimpin Muda Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Shahrir, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan oleh Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berkuatkuasa 1 November lalu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Harga diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ditanya mengenai masalah kenaikan harga minyak untuk pesawat kecil yang dilaporkan berlaku kini, Shahrir berkata, perkara tersebut hanya bersifat sementara.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api itu berlaku kerana ia tidak disubsidi oleh kerajaan, sebaliknya diimport dari luar negara dan harganya ditentukan oleh pasaran.

Shahrir berkata, masalah itu bagaimanapun hanya melibatkan kuantiti minyak yang kecil memandangkan ia hanya digunakan untuk pesawat kecil.

"Kita beri masa untuk keadaan pulih seperti biasa. Biasanya sebulan," katanya.

Beliau berkata, jika masalah itu berlarutan, kerajaan akan menimbangkan langkah sesuai untuk mengatasinya termasuk memikirkan semula monopoli Petronas dalam membekalkan minyak tersebut.

"Saya fikir ia tidak memberi kesan kepada Petronas jika diberi kepada pihak lain.
"Namun kerajaan bagi kepada Petronas supaya ia lebih terurus kerana Petronas mempunyai pengalaman dan kepakaran," katanya.

Bahan api untuk pesawat kecil di negara ini telah meningkat sehingga ia dijual pada harga RM9.50 seliter berbanding RM6 di Singapura.

No comments: