PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081125

Sarawak: 50,000 tan beras akan sampai hujung bulan

Sejumlah 50,000 tan beras 15 peratus hancur dijangka akan sampai ke Sarawak selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi menampung kekurangan stok syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di sini.

Ketua Pegawai Operasi Bernas Sabah dan Sarawak, Mohd Kamaluddin Affendi, berkata pihaknya menghadapi masalah dengan pengimport menyebabkan bekalan lambat sampai bagaimanapun beras subsidi dari Thailand dan Vietnam dijangka akan sampai tidak lama lagi.

Katanya, pihaknya memang mengakui berhadapan kekurangan stok beras 15 peratus hancur dengan jumlah sedia ada hanya mampu menampung keperluan bagi tempoh antara seminggu ke dua minggu sahaja.



"Sekiranya masalah kekurang beras masih berlaku selepas ini, Bernas akan meminta kebenaran dari Kerajaan bagi menukarkan gred beras lebih tinggi kepada gred 15 peratus bagi menampung keperluannya di pasaran.

"Sehingga kini stok beras selain gred 15 peratus di Sarawak masih boleh menampung keperluan bagi tempoh enam bulan. Hanya di Sibu kita terpaksa berhadapan masalah kekurangan bekalan gred 15 peratus," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Difahamkan, beras 15 peratus masih boleh didapati di kedai sekitar Kuching, Bintulu dan Miri dengan masalah di Sibu timbul akibat kelewatan bekalan beras tambahan sampai ke daerah itu.

Mengulas mengenai gesaan Ahli Persatuan Pemborong Beras Sibu (PPBS) agar Bernas menyelesaikan masalah kekurangan stok beras, Kamaluddin berkata, pihaknya mempunyai jadual penghantaran yang perlu dipatuhi dengan masalah di Sibu di luar jangkaan.

"Jumlah 50,000 yang dijanjikan Kerajaan bagaimanapun perlu dibahagikan mengikut keperluan antara penduduk di Sabah dan Sarawak dengan kita tidak mempunyai cadangan meningkatkan jumlahnya.

No comments: