PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081113

Sarawak: 2,060 murid Penan ikuti sesi pendidikan khas

Seramai 2,060 murid Penan dari enam sekolah rendah di kawasan pedalaman Sarawak sudahpun menjalani sesi pendidikan khas dan mengikuti kokurikulum yang berbeza dengan sekolah lain, sejak Mac tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Profesional Perguruan) Jabatan Pelajaran Malaysia, Datin Asariah Mior Shaharudin, berkata bentuk pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar Penan itu sama dengan kaum Orang Asli di Semenanjung.

Beliau berkata, di Sarawak sesi pendidikan dan kokurikulum baru itu dikenali sebagai Kurikulum Asli-Penan, yang mana tenaga pengajar yang mengajar di sekolah berkenaan sudahpun menjalani latihan khusus.

"Ia termasuk pengetahuan mengenai cara hidup dan budaya kaum Penan di Sarawak. Pengetahuan asas berkenaan perlu bagi mengelakkan timbul salah faham antara guru dan ibu bapa Penan," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Persidangan Pedagogi Etnik Pribumi di sini, semalam.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat seramai 28,600 pelajar sekolah di kalangan masyarakat Orang Asli.

Asariah berkata, kebanyakan guru yang hantar ke sekolah Penan diberikan khusus khas terlebih dahulu sebelum ditugaskan di sekolah berkenaan.

Justeru, tidak timbul sebarang kepincangan dalam usaha kerajaan menyalurkan pendidikan yang setaraf dan dikehendaki pelajar di sekolah berkenaan.

Di samping itu katanya, jabatan itu akan memulakan satu kelas khas untuk kanak-kanak Penan termasuk ibu bapa mereka yang berminat mulai tahun ini.

Langkah itu bertujuan mendedahkan masyarakat Penan mengenai kepentingan pendidikan ke arah mengangkat martabat kaum berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, lebih banyak persidangan seperti itu perlu diadakan untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat pribumi di seluruh negara.

Katanya, persidangan berkenaan dapat mencetuskan kesedaran di kalangan golongan sasaran supaya mengutamakan pendidikan anak mereka.

No comments: