PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081112

Sarawak: Polis tahan 2,271 penagih, pengedar

SERAMAI 2,271 pesalah ditangkap mengikut Akta Dadah Berbahaya dalam operasi Unit Antinarkotik Polis Sarawak dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding 2,080 tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, jumlah penagih dadah di Sarawak berkurangan daripada 181 kes bagi tempoh Januari hingga Julai 2007 kepada hanya 35 kes bagi tempoh sama tahun ini. Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Datuk Sri William Mawan Ikom, berkata secara umumnya masalah penyalahgunaan dadah di Sarawak adalah terkawal.

Katanya, Pemadam Sarawak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Unit Antinarkotik Polis Sarawak dan Jabatan Pelajaran sudah merancang mengadakan 97 aktiviti untuk tahun depan.

"Aktiviti dijangka memberi manfaat kepada sejumlah 97,000 peserta meliputi pelajar, guru, belia, ibu bapa, pemimpin masyarakat, golongan profesional dan kakitangan awam," katanya ketika menggulung perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengenai aktiviti kesenian kementeriannya, sejumlah 10,000 peserta mengikuti Kursus Seni Tari Etnik, Seni Muzik Moden dan Tradisional, Teater atau Seni Lakon dan Festival Seni Tari, dengan kos keseluruhannya berjumlah RM2.4 juta.

No comments: