PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081126

Tambah nilai diri - Abdullah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin negara akan mencapai lebih banyak kejayaan jika setiap rakyatnya mempunyai keazaman kuat untuk menambah nilai diri masing- masing.

Tegas Perdana Menteri, dengan menjadikan usaha menambah nilai sebagai budaya meneroka ilmu sedia ada dan baru, ia sekali gus bakal membuka peluang kepada rakyat untuk mengecapi kejayaan lebih gemilang.

''Kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan dan saya berpegang kuat bahawa manusia mempunyai kekuatan untuk menjadi kreatif.

''Ini penting untuk kita jika ingin mencapai lebih banyak kejayaan. Jika generasi akan datang lebih tinggi ilmu pengetahuannya, maka generasi selepas itu akan lebih berkemampuan lagi terutama dengan adanya alat-alat teknologi lebih canggih yang boleh tingkatkan mutu kerja kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Yayasan Canselor Open University Malaysia (OUM) di Hotel Marriott di sini malam ini.

Hadir sama Canselor OUM, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim dan Naib Canselor OUM, Tan Sri Anuwar Ali.

Dalam hubungan ini, Abdullah berkata, beliau difahamkan Yayasan Canselor OUM ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan kewangan dan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan.

''Kita mesti menerima hakikat bahawa terdapat golongan yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal tertentu dan mereka juga ingin memberikan sumbangan kepada negara.

''Saya amat bergembira apabila dimaklumkan Yayasan Canselor OUM akan memberikan bantuan kewangan kepada golongan ini bagi membolehkan mereka memperoleh kelayakan yang diperlukan untuk kejayaan masa depan," katanya.

Terdahulu, Jeanne dalam ucapannya berkata, Yayasan Canselor OUM sejak diwujudkan pada 2005 telah memberikan bantuan kewangan dan biasiswa berjumlah RM300,000 kepada 162 pelajar yang memerlukan.

''Yayasan ini turut memperuntukkan RM1.4 juta untuk memberi diskaun kepada orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang ingin melanjutkan pelajaran.

''Yayasan ini pada masa sama juga membelanjakan RM100,000 untuk menjalankan program-program perkhidmatan masyarakat," katanya.

Selari dengan pelancaran Yayasan Canselor OUM itu, sebuah lembaga pemegang amanah yang dipengerusikan oleh Azman ditubuhkan untuk menguruskan sumbangan-sumbangan yang diterima.

Setakat ini, sejumlah RM8 juta berjaya dikumpul melalui syarikat-syarikat korporat dan individu tertentu.

No comments: