Kerajaan tidak mungkin melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh tiga tahun akan datang berikutan kegawatan ekonomi, kos kehidupan yang tinggi dan peningkatan harga minyak sekarang ini.
Pengarah Urusan KPMG Tax Services Sdn. Bhd., Khoo Chin Guan berkata, langkah melaksanakan GST akan memberi kesan kepada orang awam.
"Kerajaan sedang (kemungkinan) mengkaji masa terbaik untuk melaksanakannya.
"Sudah tentu, dalam tahun permulaan, orang ramai akan merasa kepedihannya," katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Cukai KPMG 2008 di sini hari ini.
Khoo berkata, cadangan pengenalan GST akan dilakukan dalam bentuk cukai nilai tambah.
Katanya perniagaan sedang menunggu pengumuman sama ada GST akan diperkenalkan atau tidak.
"Secara umumnya, wujud keperluan untuk memberikan tempoh 12 hingga 18 bulan kepada perniagaan bagi pengenalan GST.
"Juga, jika GST perlu dilaksanakan, seseorang itu boleh menjangkakan satu pengurangan cukai korporat dan peribadi," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment