PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080916

Khir Toyo tetap tanding jawatan Ketua Pemuda Umno

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tetap dengan pendirian awalnya menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan parti Disember ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau menerima maklum balas menggalakkan daripada pimpinan Pergerakan Pemuda Umno bahagian dan cawangan sejak beliau mengumumkan hasratnya pada April lalu.

“Diharap Pergerakan Pemuda Umno bahagian di seluruh negara dapat mencalonkan saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin secara terbuka menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Pada 3 April lalu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno lantaran ingin memberi laluan kepada muka baru selepas menerajuinya selama 10 tahun.

- Bernama

No comments: