PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080909

Pendapat & Pandangan : Pegawai kerajaan salah urus dana awam mesti dihukum

KITA mengalu-alukan langkah Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyelidik, mengesan dan mengenal pasti kemungkinan wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana kerajaan, berpandukan Laporan Ketua Audit Negara 2007. Laporan yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos lalu itu mendedahkan banyak kelemahan di beberapa kementerian dan agensi kerajaan. Antaranya kehilangan peralatan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bernilai RM9.56 juta dan kelemahan pengurusan sistem kompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) di beberapa negeri. Turut menarik perhatian ialah penggunaan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tunggakan saman trafik, pelaburan RM537.04 juta Composite Tecnology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang memiliki anak syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat tetapi mencatatkan kerugian serta pembelian mesin pengimejan oleh Kementerian Kesihatan bernilai RM33 juta. Turut didedahkan laporan audit itu ialah kelemahan pengurusan berhubung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan projek pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut 11, Teluk Sepanggar, Sabah. Berikutan itu, BPR mengesan sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam dalam pelaksanaan program dan projek jabatan kerajaan, ekoran penelitian terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2007 itu.

Tahun lalu, BPR menahan 15 individu susulan pendedahan Laporan Audit Negara 2006, termasuk tiga orang awam di kalangan kontraktor dan perunding projek. Berikutan itu, 12 pegawai awam didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan membabitkan penyelewengan dan salah urus dana awam.

Kita juga masih ingat isu berkaitan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) lapan tahun lalu turut didedahkan dalam laporan Jabatan Audit Negara ketika itu. Kelemahan pelaksanaan menyebabkan sebahagian besar projek untuk meningkatkan pendapatan rakyat menerusi PPRT kurang berjaya. Ini juga menyebabkan penyelewengan peruntukan wang PPRT RM40 juta. Kita berharap kementerian dan ketua jabatan melaporkan kepada BPR jika mendapati ada unsur penyelewengan dalam jabatan masing-masing ketika mereka melakukan semakan ke atas laporan itu. Malah, setiap kementerian dan jabatan perlu bertindak berasaskan Laporan Ketua Audit Negara kerana tidak semua membabitkan isu rasuah atau penyelewengan. Sesetengahnya berpunca daripada kelemahan pengurusan. Pegawai terbabit seharusnya dikenakan tindakan disiplin pada peringkat jabatan seperti dibuang kerja, turun pangkat, turun gaji, celaan dan amaran. Episod pendedahan Laporan Ketua Audit Negara dan tindakan susulan BPR ini diharap menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam setiap urusan pengendalian projek.

No comments: