PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080903

Ibu bapa harus peka kegiatan kokurikulum

Sikap sesetengah ibu bapa di negeri ini yang memandang remeh pembabitan anak mereka di dalam kegiatan kokurikulum yang dianjurkan pihak sekolah adalah dikesalkan kerana aktiviti berkenaan diambil kira ketika pelajar menyambung pelajaran ke universiti.

Menerusi aktiviti kokurikulum, pelajar dapat menimba pengalaman yang tidak diperoleh ketika di bilik darjah dengan ia dijadikan merit ketika mereka mahu menyambung pengajian.

Kepentingan kokurikulum ketika ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia menjadi syarat 10 peratus kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau mana pusat. pengajian lain. Pembangunan modal insan bergantung kepada sistem pendidikan yang berkualiti.

Dalam hal ini, ibu bapa memikul tanggungjawab bagi memastikan anak mereka menjadi insan yang cemerlang khususnya dalam bidang pendidikan kerana ia bukan tanggungjawab pihak sekolah saja.

No comments: