PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080928

Kapal tangki Bunga Melati dibebaskan

Kapal tangki Malaysia, MT Bunga Melati 5, sebuah daripada dua buah kapal milik MISC yang ditawan lanun di Teluk Aden di perairan Somalia, telah dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata, kesemua anak kapal MT Bunga Melati 5 berada dalam keadaan sihat dan kapal itu kini belayar menuju Djibouti (Timur Afrika).

“Di atas kapal ada satu pasukan perubatan dari Kementerian Pertahanan terdiri daripada doktor, pembantu perubatan dan kaunselor,” katanya selepas rakaman perutusan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini hari ini.

Abdullah, yang juga Menteri Pertahanan berkata rundingan untuk pembebasan sebuah lagi kapal, MT Bunga Melati 2 masih lagi diteruskan.

Beliau berkata terdapat tanda positif berkaitan rundingan itu dan beliau berharap rundingan itu akan mencapai penyelesaian segera supaya kapal berkenaan dapat meneruskan perjalanan menuju ke destinasi lain.

- Bernama

No comments: