PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080902

PANDANGAN : Budaya berebut menaiki kapalterbang jejas imej AirAsia

AKIBAT terlalu mengejar keuntungan, syarikat AirAsia mungkin terlupa nilai murni yang patut diterapkan kepada rakyat negara ini. Memang nampak tidak ketara tetapi impaknya amat besar. Syarikat penerbangan itu, menyemarakkan budaya masyarakat yang tidak enak dipandang mata iaitu budaya berebut-rebut dan bersaing di antara penumpang lain untuk mendapatkan tempat duduk.

Wajarkah budaya ini dicanang sebagai bebas memilih tempat duduk? Mungkin ya kepada penumpang yang tidak membawa anak kecil, isteri sarat mengandung dan penumpang tidak berapa sihat.

Perkara ini saya alami ketika menaiki pesawat AirAsia, bersama dua anak yang masih kecil balik ke kampung dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, tahun lalu. Disebabkan ada dua anak kecil, maka saya tidaklah beratur untuk berasak-asak dengan penumpang lain untuk mendapatkan tempat duduk dan sebagai balasan kami anak beranak terpaksa berasingan tempat duduk dan saya terpaksa minta ihsan daripada pramugara untuk minta bertukar tempat duduk dengan penumpang yang lain agar dapat duduk bersebelahan dengan anak kedua sebab umurnya baru tiga tahun.

Apa yang dikesalkan dengan selamba, pramugara menjawab; “Duduk saja di tempat yang kosong,” dan saya terus bertanya semula, “Habis siapa nak jaga anak saya... awak ke?” dan barulah dia carikan tempat duduk saya berdekatan dengan anak saya kedua dengan meminta ihsan dengan penumpang lain.

Sekali lagi, saya berdepan keadaan sama, ketika pulang pada cuti sekolah baru-baru ini, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Penerbangan tertunda selama dua jam dan dalam kepala saya sentiasa berlegar persoalan dapat atau tidak nanti tempat duduk sebaris dengan anak.

Tiba masa berlepas, saya dan anak bergegas beratur dan berdiri dalam masa yang lama untuk berebut tempat duduk. Apabila pengumuman menaiki pesawat, penumpang lain berasak-asak dan berebut menyerahkan tiket untuk menaiki pesawat sehingga tidak perasan akan anak saya terhimpit dan ditolak seperti berebut menaiki bas.

Saya kecewa kerana AirAsia membuat penumpangnya tiada nilai bersopan santun dan hormat kepada orang tua dan kasihan kepada anak kecil. Selepas menyerahkan tiket terpaksa pula berjalan laju bersama-sama anak sehingga terlupa mengenai keselamatan diri sendiri dan orang lain. Ia semata-mata agar dapat tempat duduk sebaris untuk memudahkan menjaga mereka ketika dalam penerbangan.

Saya berharap pihak pengurusan AirAsia dapat mengkaji semula peraturan berkenaan, supaya tidak timbul masalah berebut tempat duduk, yang cukup menyeksakan bagi orang tua dan ibu bapa yang ramai anak kecil.

KOMEN : DALAM ERA SERBA CANGGIH TEKNOLOGIN KOMPUTER, KITA PULA KEMBALI KE ERA BATU. KENAPA TIDAK, DENGAN KEMAJUAN SEKARANG, SUKAR BENAR KAH AIRASIA MENCETAK NOMBOR TEMPAT DUDOK PENUMPANG YANG MENAIKI KAPAL TERBANG??? TIDAK HAIRAN LAH JIKA KESOPANAN RAKYAT KITA KIAN LUTUR APA BILA MEREBUT REBUT MENAIKI AIRASIA.

No comments: