PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080915

Kecanggihan teknologi tidak lenyapkan tradisi kiriman kad ucap selamat hari raya


Walaupun kecanggihan teknologi ketika ini membawa kepada pengenalan pelbagai alternatif untuk mengutuskan ucapan salam Aidilfitri, namun kaedah tradisi dengan cara mengirim kad-kad ucapan tetap tidak diketepikan terus oleh orang ramai.

Pengerusi Pos Malaysia Bhd, Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata walaupun penggunaan kad raya kini tidak sehebat dulu, namun penghantarannya masih diminati jika dilihat dari segi peningkatan dalam bilangan kad raya yang diuruskan oleh perkhidmatan pos.

Beliau berkata sehingga 13 September lalu, 1.01 juta kad ucapan Hari Raya sudah diproses, dan pihaknya menjangka 8.27 juta kad ucapan Aidilfitri itu akan diproses sepanjang tahun ini.

“Berbeza daripada penghantaran ucapan melalui perkhidmatan sms dan mms, penghantaran kad-kad ucapan adalah lebih bermakna kerana ia boleh disimpan dan dipamerkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media Penghantaran Kad Hari Raya 2008 di sini, hari ini.

Aseh seterusnya meminta orang ramai agar menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri selewat-lewatnya pada 25 September ini bagi memastikan kad-kad tersebut dapat dihantar ke destinasi yang diingini tepat pada waktunya.

Beliau berkata bagi meningkatkan operasi perkhidmatan, Pos Malaysia mengambil 177 orang pekerja sementara bagi membantu mengatasi masalah penambahan beban kerja.

- Bernama

No comments: