PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080925

80 penguat kuasa turun padang


Tumpuan di pasar raya, kedai pastikan peniaga patuhi harga barang terkawal
Seramai 80 kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau semua pasar dan kedai di seluruh negeri ini bagi memastikan peniaga mematuhi harga barang terkawal yang ditetapkan.
Pengarah KPDNHEP Sarawak, Ahmad Nasir Khosri berkata, terdapat 17 barang terkawal ditetapkan sempena sambutan Aidilfitri bermula hari ini (24 September) sehingga 8 Oktober sebelum ia disambung kembali pada 20 Oktober sehingga 3 November bagi sambutan Deepavali.

Katanya, peniaga tidak dibenarkan menjual 17 barang berkenaan melebihi harga yang ditetapkan di dalam senarai dengan pegawai penguatkuasa boleh menyaman mereka kerana kesalahan itu.
"Saya meminta peniaga tidak menaikan harga 17 barang terkawal ini dengan sesuka hati kerana ia boleh menjejaskan suasana perayaan berikutan orang ramai terpaksa membayar lebih bagi sesuatu barangan.
"Adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dengan peniaga yang dikesan sengaja menaikan harga barang kawalan boleh didenda maksimum RM7,500 mengikut setiap barangan berkenaan," katanya ketika selepas melakukan tinjauan di Pasar Batu 7, Kota Sentosa, di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak, Mohd Khalis Kasim serta kakitangan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP. Sejumlah 30 gerai dan kedai menjual pelbagai barangan keperluan diperiksa dalam lawatan berkenaan yang diketuai sendiri Ahmad Nasir.

Ahmad Nasir berkata, harga 17 barangan yang dikeluarkan pihaknya adalah harga maksimum yang ditetapkan namun sekiranya peniaga mahu menjual barang berkenaan dengan harga lebih murah ia adalah dialukan.
"Contohnya harga ayam yang ditetapkan di Kuching adalah RM8.20 namun sekiranya peniaga boleh menjualnya pada harga RM7.50 kami tidak akan menghalang kerana ia memberi orang ramai lebih banyak pilihan.
"Orang ramai juga ketika musim perayaan diminta membuat perbandingan harga sebelum mengambil keputusan membeli sesuatu barang agar mereka tidak tertipu dengan terpaksa membayar lebih," katanya.
Mengulas mengenai harga sesetangah barangan yang tidak sekata antara pasar di Kuching, Ahmad Nasir berkata, barangan di luar senarai kawalan sememangnya akan berbeza mengikut yang ditetapkan peniaga.
"Begitu juga dengan harga barang kawalan kerana ada sesetengahnya murah dan ada juga yang mahal namun kita akan meminta peniaga menurunkan harga barangan berkenaan secepat mungkin. "Melalui pemantauan yang akan dilakukan dari masa ke semasa, saya yakin harga semua barang dapat diselaraskan di bawah harga yang ditetapkan jabatan," katanya.

No comments: