PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080909

Dasar asuhan awal ke Kabinet

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi untuk keputusan sama ada dilaksanakan di semua taman asuhan bagi kanak-kanak bawah empat tahun. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau percaya dasar itu akan menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan khususnya mengoptimumkan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

"Ia dasar komprehensif bagi memastikan perkembangan holistik bagi semua kanak-kanak sejak mereka lahir hingga berusia empat tahun.

"Ia akan menjadi asas kepada kokurikulum pembangunan potensi kanak-kanak yang berasaskan acuan Malaysia dan bakal menjadi pengukur kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Permata Negara, di
Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Setakat ini 13 Pusat Permata Negara sudah dan akan dibina di seluruh negara bagi mengasuh kanak-kanak menggunakan kaedah dan kurikulum Permata menekankan perkembangan anak-anak yang berkeyakinan diri, berfikiran kreatif, bijaksana, berakhlak mulia dan mempunyai minda cerdas.

Program yang diilhamkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor itu bertujuan membantu menggilap potensi dan kelebihan kanak-kanak pintar cerdas ke tahap yang paling maksimum menerusi kaedah pembelajaran holistik bagi membantu perkembangan kemahiran kognitif kanak-kanak terbabit.

Najib yang juga Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara berkata, mesyuarat itu turut bersetuju melantik Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan kem kursus bagi pelajar pintar, cerdas dan berbakat sebelum mereka diserapkan ke dalam sistem pendidikan negara.

"Kem ini akan menjadi langkah pertama ke arah menyediakan program untuk pelajar pintar, cerdas dan berbakat, sekali gus membantu pelajar yang mempunyai kebolehan luar biasa menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan sedia ada," katanya.

No comments: