PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080909

518,616 calon UPSR bakal jadi penanda aras PPSMI

Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003.

“Bagaimanapun, kertas soalan untuk kedua-dua mata pelajaran itu masih disediakan dalam dwibahasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya Persint 11 (1) di sini hari ini.

Alimuddin berkata, penetapan dasar PPSMI sama ada akan diterus atau sebaliknya tidak terhad kepada keputusan yang bakal diperoleh calon tahun ini.

“Keputusan itu hanya menjadi sebahagian daripada perbandingan. Banyak lagi faktor lain akan diambil kira termasuk cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak menerusi perbincangan meja bulat,” katanya.

- Bernama

No comments: