PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080909

IPT patut lahir graduan penuhi kriteria pasaran

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini diminta tidak hanya menjadi 'kilang' mengeluarkan graduan sebaliknya memastikan pelajar mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan majikan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata selain melahirkan pelajar yang kompetitif, IPT perlu mengetahui kehendak sebenar majikan terhadap seseorang graduan seiring dengan keadaan ekonomi semasa kerana kini kebanyakan lepasan IPT sukar mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memastikan seseorang graduan itu mendapat pekerjaan sebaik saja menamatkan pengajian dan bukan saja meletakkan tugas berkenaan di bahu kerajaan.

“Saya berasa hairan kerana seseorang pelajar itu menuntut sehingga empat tahun di IPT tetapi apabila tamat pengajian, mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi apabila sesetengah mereka menghadiri kursus kepemimpinan dan pengurusan sektor swasta, senang pula dapat pekerjaan.

“Jauh beza antara empat tahun dan kursus selama 10 hingga 12 hari. Apa sebenarnya yang majikan harapkan daripada seseorang graduan itu apabila mereka menamatkan pengajian?” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada 16 graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyertai kursus pusat pengurusan dan perkembangan kepemimpinan graduan (GLADC), di sini, semalam.

Idris turut mencadangkan IPTA supaya mengadakan kursus berkenaan pada tahun akhir pengajian bertujuan memudahkan graduan memenuhi permintaan majikan.

No comments: