PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080921

Kabinet kaji turun harga minyak

Kabinet akan membincangkan keputusan kerajaan untuk menurunkan harga minyak serta pelaksanaannya Rabu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, kerajaan akan membincangkan kadar penurunan harga minyak serta tempoh sesuai untuk diumumkan kepada orang ramai.

"Kami perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum harga minyak diturunkan... kerana kerajaan tidak mahu berlaku kekurangan bekalan di stesen minyak lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal Miskin dan Orang Kurang Upaya di Flet Sri Stulang di Johor Bahru

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada harga minyak akan diturunkan sebelum perayaan itu akhir bulan ini.

Mengulas kepada penggunaan dua pam di stesen minyak, Shahrir berkata, pihaknya sudah mendapatkan pandangan syarikat minyak terutama di sempadan negara termasuk dari segi kadar serta tempoh pelaksanaan yang sesuai bagi perkhidmatan baru itu.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut mendapat cadangan sebuah syarikat untuk menjalankan perkhidmatan itu secara elektronik.

"Selepas mengambil kira semua pandangan serta cadangan kementerian akan membentangkannya dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi sebelum mendapat keputusan pada pertengahan November ini," katanya.

No comments: