PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080903

Bangkok diisytihar darurat

Seorang penyokong Samak tersungkur selepas diserang penentang kerajaan di Bangkok

Tentera diberi kuasa pulih keamanan, parti Samak mungkin bubar

Perdana Menteri Thailand mengisytiharkan darurat di Bangkok semalam dengan memberikan kuasa kepada tentera untuk memulihkan semula ketenteraman selepas pertempuran tengah malam antara penyokong pembangkang dan kerajaan yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 43 yang lain cedera.

Perdana Menteri, Samak Sundaravej menyifatkan perintah darurat itu sebagai 'cara paling lembut' untuk mengembalikan keamanan. Dalam satu sidang akhbar yang disiarkan televisyen kebangsaan, beliau tidak memberikan tempoh berapa lama perintah itu akan berkuatkuasa tetapi menegaskan ia akan berakhir dengan cepat.

Di Thailand, perintah darurat membenarkan penggunaan pasukan tentera bagi mengawasi aktiviti dan menghalang kebebasan awam tertentu. Polis dibenarkan menahan tanpa dakwaan selama 30 hari dengan kelulusan mahkamah. Pemimpin tentera, Anupong Paochinda berkata, tentera tidak akan menggunakan kekerasan meskipun dibolehkan mengikut peraturan darurat.

Ketegangan politik selama seminggu tiba kemuncak apabila berlaku pertempuran awal pagi semalam antara penunjuk perasaan yang mendesak peletakan jawatan Samak dan kumpulan penyokong perdana menteri itu.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong Samak turut berarak di jalan raya awal semalam dan berikrar untuk mengambil alih semula pejabat terbabit.

Sementera itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mencadangkan supaya Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memerintah dibubarkan kerana menipu undian, satu lagi tamparan hebat kepada kerajaan campuran pimpinan Samak yang kini goyah.

Dalam undian sebulat suara, suruhanjaya lima anggota itu mendapati PPP bersalah membeli undi ketika pilihan raya umum Disember lalu dan merujuk kes itu kepada pendakwa, kata Pesuruhjaya suruhan itu, Sumate Uppanisakorn.

Jika mahkamah bersetuju membubarkan parti berkenaan, sehingga 33 anggota kanan PPP termasuk Samak dan Menteri Kewangan, Surapong Suebwonglee, akan kehilangan kerja dan dilarang berpolitik selama lima tahun.

AP/Reuters

No comments: