PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080908

Sarawak: Misi latih 1,000 tenaga mahir bidang pelancongan

Kerajaan negeri menerusi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) merancang melatih 12,000 tenaga kerja mahir di bidang pelancongan dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Muda Pelancongan, Hamden Ahmad. Ke arah itu katanya, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) akan mengadakan kursus-kursus berkaitan di 12 pusat latihannya di seluruh negara.

"Langkah ini perlu kerana industri pelancongan dijangka akan terus berkembang serta menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Sarawak," katanya pada majlis penyampaian sijil Kursus Asas Perhotelan di sebuah hotel di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan mensasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor perkhidmatan terutama perhotelan menyumbang sebanyak 66.5 peratus berbanding sektor pembuatan 28.5 peratus menjelang 2020.

Manakala guna tenaga langsung dalam industri perhotelan turut meningkat sebanyak 1.6 peratus daripada 84,171 pada 2000 kepada 91,156 pada 2005. Hamden berkata, memandangkan keperluan guna tenaga yang tinggi, JTM harus mengambil pendekatan lebih aktif bagi melahirkan lebih ramai guna tenaga di bidang perhotelan.

Katanya, bagi menyahut seruan kerajaan untuk melatih lebih ramai tenaga kerja di bidang perhotelan juga, JTM sudah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH) dalam melatih lebih ramai tenaga mahir.

Pada majlis itu seramai 29 peserta telah menamatkan kursus masing-masing di bidang perhotelan. Hadir sama Pengerusi MAH Ranting Sarawak, Peter Simson; Wakil Pengarah JTM, Mohd Faisal Hamid dan Pengarah Institut Lathan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan, Azhari Ibrahim.

No comments: