PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080903

Kuota subsidi diesel bas ekspres naik sehingga 9,000 liter

Kabinet hari ini bersetuju supaya kuota subsidi diesel untuk bas ekspres sepanjang musim perayaan bermula 15 September ini hingga 15 Oktober depan dinaikkan sehingga 9,000 liter berbanding hanya 2,500 liter sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, langkah itu diharap mampu menggalakkan pengusaha bas menyediakan lebih banyak bas-bas tambahan bagi menampung permintaan yang meningkat sepanjang musim perayaan tidak lama lagi.

``Kerajaan dijangka mengeluarkan tambahan peruntukan antara RM100 juta hingga RM150 juta bagi menyediakan subsidi diesel untuk bas ekspres sepanjang tempoh sebulan itu,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran saluran berita internet secara langsung Pertubuhan Berita Nasional, Bernama Web TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

No comments: