PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081027

Tukun tiruan reefball selamatkan spesies penyu Sarawak

Kerja-kerja pelepasan tukun tiruan ke dasar laut dengan menggunakan kren oleh kakitangan Kumpulan Kerja Tukun Tiruan Reefball Sarawak di Pulau Talang Besar

Seringkali kita mendengar kepupusan penyu adalah akibat daripada perbuatan orang ramai yang memakan telur penyu sama ada dibeli secara haram ataupun dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, kepupusan penyu juga dipengaruhi aktiviti pembunuhan penyu oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab apabila penyu tersangkut pada pukat-pukat mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, satu penyelesaian yang boleh dipraktikkan ialah dengan meletakkan lebih banyak tukun tiruan di dasar lautan di kawasan-kawasan penyu mendarat.

Bagaimanapun kos membina tukun tiruan agak mahal kerana kebanyakannya diperbuat daripada konkrit dan ini sedikit sebanyak menghalang usaha kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam melindungi hidupan marin.

Sarawak, selain terkenal dengan spesies buaya dan orang utan, ia juga terkenal dengan empat jenis spesies penyu yang mudah ditemui di sepanjang perairan negeri ini iaitu Penyu Hijau, Penyu Agar, Penyu Lekang dan Penyu Belimbing.

Spesies-spesies itu turut menjadi ancaman apabila pihak yang tidak bertanggungjawab membunuh penyu-penyu itu. Pernah direkodkan sebanyak 100 ekor penyu telah dibunuh setiap tahun sebelum 1998.

Bagaimanapun, menerusi inisiatif Sarawak Forestry Corporation (SFC) sebagai pihak yang bertanggungjawab melindungi hidupan liar yang terancam melalui projek tukun tiruan reefball (TTR) pada 1998, jumlah penyu yang dibunuh didapati telah berkurangan kepada 20 ekor setahun.

Tukun tiruan reefball akan memastikan hidupan marin khasnya penyu terus dilindungi di perairan Sarawak. Projek ini juga berjaya menghalang penyu daripada tersangkut pada pukat-pukat haram di perairan Sarawak dan mampu meningkatkan jumlah populasi penyu dan mengelakkannya daripada terbunuh akibat terperangkap di dalam pukat haram.


Pada 2008, SFC telah mencatatkan sebanyak 1,762 ekor penyu mendarat di TNTS berbanding 737 ekor pada 2004.


Pendaratan

TNTS ( Taman Negara Talang Satang ) seluas 19,414 hektar merangkumi Pulau Talang Kecil, Pulau Satang Besar dan Pulau Satang Kecil yang merupakan kawasan pendaratan penyu yang utama di Sarawak.



1 comment:

Daud Awang said...

Teruskan membuat liputan berkenaan dengan "Marine Education". Saya boleh memberi butiran lebih lanjut kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui ttg Tukun Bebola @ 'Reefball'.. http://www.fri.gov.my/friswak @ http://www.fri.gov.my/marsal