PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081023

4 biskut China, 27 biskut Malaysia selamat

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan sebanyak empat jenis biskut keluaran China dan 27 biskut keluaran tempatan di pasaran adalah selamat untuk dimakan selepas analisis menunjukkan ia mengandungi tahap melamin yang dibenarkan.

Unit Perhubungan Awam kementerian dalam satu kenyataan berkata, biskut keluaran tempatan yang selamat dimakan meliputi empat jenis jenama iaitu jenama Khong Guan, Khian Guan, Julie’s dan Munchy’s. Biskut jenis Khong Guan meliputi Biskut Wafer Berkrim, Biskut Creamy Chocolate, Biskut Cream Crackers dan Biskut Marie Kecil.

Biskut keluaran Khian Guan pula meliputi Biskut Marie Koko, Biskut Chocolate ABC, Biskut Rusk dan Biskut Lemon Krim,” kata kenyataan itu.

Biskut jenama Julie’s yang selamat dimakan meliputi Biskut Superior Cracker, Biskut Stereo Sandwich chocolate, Biskut Marie Besar, Biskut Sandwich Creamy Cheese, Biskut Butter Cracker, Biskut Cottage Crackers, Biskut Sandwich Perisa Limau, Biskut Finger Lemon, Biskut Peanut Butter Sandwich, Biskut Banana Flavoured Cream Sandwich dan Biskut Chocolate Shorties. Biskut jenama Munchy’s yang selamat dimakan meliputi Biskut Sugar Crackers, Biskut Kraker Kalsium Sayuran, Biskut Marie, Biskut Choc-O-Chocolate, Biskut Mini Crackers With Peanut Butter, Biskut Shortea Milk Cookies, Biskut Lexus Cheese Cream dan Biskut Lexus Peanut Butter

Selain itu, empat produk biskut keluaran China juga didapati mematuhi tahap melamin yang dibenarkan iaitu Biskut Wheat Bran Lover Chcolate Sandwich keluaran Silang, Sandwich Biscuits (Golden Fuji), Golden Grape Cookies (Golden Fuji) dan Soybean with Fruit and Veggie (Polleney).

Kenyataan itu turut menasihatkan pengguna untuk sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan di pasaran.

“Kementerian juga ingin menasihati pengguna-pengguna untuk tidak membeli biskut-biskut yang dijual di pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang tidak mempunyai label dan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, pengguna dinasihatkan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) melalui empat talian iaitu 03-88833655/503/652/500.

Talian dibuka jam 8 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum.

- Bernama

No comments: