PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081018

Pelan penstabilan ekonomi diumum Isnin

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengumumkan pelan penstabilan ekonomi yang akan menyediakan peruntukan tambahan dan langkah fiskal mengukuhkan ekonomi negara Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keutamaan negara adalah untuk mengekalkan pelabur, meyakinkan pengguna, menyediakan peluang pekerjaan dan mencipta keadaan bagi meneruskan pertumbuhan.

“Kita mengetahui krisis ekonomi global akan berpanjangan dan mendalam.

Oleh demikian, Malaysia juga bersedia untuk menempuh keadaan yang sukar.

“Bajet yang diumumkan kerajaan baru-baru ini memfokuskan kepada beberapa perkara yang mengutamakan rakyat dengan memberi tumpuan kepada kumpulan berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya dan ibu bapa tunggal,” katanya.

Najib berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Persatuan Felo Eisenhower Malaysia (EFAM) di Menara Kuala Lumpur di sini malam tadi. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden EFAM, Tan Sri Mohd Ramli Kushairi dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.

Sementara itu, Najib berkata parti pembangkang perlu turut bekerjasama dengan kerajaan dalam menghadapi krisis kewangan global.

Katanya, kerjasama itu mungkin akan membawa kepada satu hasil positif kepada krisis ekonomi global dan keadaan ekonomi yang sedang bergolak ketika ini.

No comments: