PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081027

Lebih banyak layar bestari jika projek perintis di Kapit berjaya -Ahmad Shabery

Tayangan wayang gambar bergerak oleh Jabatan Penerangan yang kini dinamai sebagai “Layar Bestari” akan diperluaskan di seluruh negara jika projek perintisnya yang dilancarkan di sini hari ini mendapat sambutan hangat masyarakat.


Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Layar Bestari merupakan satu lagi medium untuk menyalurkan polisi kerajaan kepada rakyat.


“Ia juga berguna untuk memperolehi maklum balas daripada rakyat akar umbi mengenai polisi yang dilancarkan oleh kerajaan. Ia merupakan pendekatan paling ideal dan lebih kos efektif untuk mendekati penduduk pedalaman dan rumah panjang,” katanya kepada pemberita sebelum melancarkan program pertama Layar Bestari yang berwajah baru menerusi penggunaan sistem audio visual canggih, di sini malam ini.


Layar Bestari atau Wayang Pacak yang dikenali sebelum ini, mendapat sambutan terutama di kalangan penduduk luar bandar ketika belum meluasnya pemilikan peti televisyen di kalangan mereka

No comments: