Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui perdagangan eksport ke negara luar tahun ini masih positif meskipun dibelenggu kejatuhan pasaran dunia ekoran perkembangan terkini dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan pasaran kewangan antarabangsa.
Timbalan Ketua Eksekutif Pembangunan Matrade, Mohamad Kamarudin Hassan berkata, masalah kegawatan yang timbul masih mampu diatasi, bahkan nilai dagangan eksport juga meningkat tahun ini.
“Lapan bulan pertama tahun ini menyaksikan nilai dagangan eksport yang diperoleh melebihi RM800 bilion berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas sebanyak RM500 bilion.
“Peningkatan sebanyak 16.1 peratus menunjukkan kegawatan yang berlaku dalam ekonomi AS tidak terlalu menjejaskan hasil dagangan eksport Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Taklimat Dan Konsultasi Bersama Pengeksport di sini hari ini.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment