PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081028

Telur di pasaran bebas melamin

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam mengesahkan telur ayam yang dipasarkan di negara ini tidak tercemar dengan melamin kerana semua produk berkenaan adalah keluaran tempatan bukannya diimport.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata Malaysia tidak mengimport telur sama ada dari China atau mana-mana negara kerana pengeluaran tempatan sudah cukup untuk menampung permintaan.

“Kita memang tidak pernah membuka permit import untuk mana-mana negara bagi produk telur kerana sudah mempunyai 115 peratus pengeluaran telur ayam yang mencukupi untuk menampung permintaan pengguna dan juga pengusaha kek, roti dan pastri.

“Jadi orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk membeli telur di pasaran kerana produk berkenaan bebas daripada pencemaran melamin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu telur ayam di Hong Kong yang diimport dari China mengandungi 4.7 satu bahagian per sejuta (ppm) melamin, melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 2.5 ppm.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman, berkata pihaknya tidak akan mengambil sampel produk berkenaan di pasaran tempatan untuk diuji.

No comments: