PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081023

Pekerja asing bawa pulang RM9 bilion

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para pekerja asing yang berada di Malaysia telah menghantar pulang wang sebanyak RM9.124 bilion ke negara asal mereka sejak Januari hingga akhir Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan sejumlah RM18.1 bilion akan dikirim oleh para pekerja asing ke negara masing-masing sepanjang tahun ini.

“Sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan.

“Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimanapun, dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN-Tenggara) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai tindakan kerajaan untuk membendung masalah pengaliran wang keluar negara.

Menurut Najib, setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing di negara ini akan menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.19 peratus.

Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.

“Kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini, antaranya dengan memperkenalkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.

Dalam perkembangan yang sama, katanya, kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi ke atas kiriman wang pekerja asing kerana sumbangan tenaga oleh kumpulan itu mengembangkan aktiviti ekonomi negara.

No comments: