PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081014

Untung sembilan bulan Bank Rakyat RM805.1j


Pendapatan bersih naik 34.6 peratus kepada RM1.466b BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai RM805.1 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2008, peningkatan 45.6 peratus berbanding RM552.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Keuntungan itu diraih daripada pendapatan kasar yang meningkat 21.1 peratus atau RM422.5 juta kepada RM2.429 bilion, manakala pendapatan bersihnya meningkat RM377.2 juta atau 34.6 peratus kepada RM1.466 bilion.
Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2008, ia mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai RM289.3 juta berbanding RM191.5 juta pada suku sama tahun lalu.
Bersandarkan prestasi cemerlang itu, Bank Rakyat kini berada dalam landasan terbaik untuk mencapai keuntungan RM1 bilion tahun ini. Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata pencapaian cemerlang itu hasil daripada pertumbuhan kukuh dari segi pembiayaan dan deposit serta penambahbaikan berterusan ke atas kualiti asetnya.
Katanya, bank merekodkan pendapatan berasaskan yuran sebanyak RM59 juta dengan sumbangan terbesar diterima daripada pendapatan wasiat, komisyen takaful dan yuran perkhidmatan mesin ATM, yang menyumbang 69.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan berasaskan yuran dalam tempoh kajian.

Pendapatan lain meningkat RM18.1 juta (17 peratus) kepada RM124.4 juta dengan sumbangan diterima daripada perolehan semula peruntukan hutang ragu yang menyumbang 87 peratus daripada keseluruhan pendapatan lain dalam tempoh kajian.
"Jumlah aset Bank Rakyat setakat akhir September lalu meningkat RM6.9 bilion (21.5 peratus) kepada RM39.1 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan kewangan bank itu bagi sembilan bulan 2008, di Kuala Lumpur semalam.
Kamaruzaman menambah, setakat akhir September 2008, baki bersih pembiayaan konsumer bank meningkat RM5.4 bilion (25.2 peratus) kepada RM26.9 bilion. "Pembiayaan konsumer adalah fokus utama perniagaan kami yang mana ia menyumbang 95.6 peratus daripada keseluruhan pembiayaan Bank Rakyat," katanya.

Dari segi portfolio pembiayaan, sektor peribadi dan perumahan adalah penyumbang terbesar iaitu masing-masing merekodkan 73.6 peratus dan 12.8 peratus daripada keseluruhan pembiayaan konsumer. Jumlah deposit daripada pelanggan Bank Rakyat meningkat RM5.3 bilion (20.4 peratus) kepada RM31 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
Nisbah kecairan kekal kukuh pada kadar 25.1 peratus dan nisbah pembiayaan atas deposit (LDR) adalah pada kadar 90.5 peratus pada akhir September 2008, berbanding 84.3 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai isu kredit Amerika Syarikat (AS), Kamaruzaman berkata, Bank Rakyat yakin krisis itu tidak memberi kesan terhadap pembiayaan balik pinjaman oleh peminjamnya. "Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada kakitangan awam, koperasi serta kakitangan syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai asas kewangan yang kukuh.
"Kami juga hanya menggunakan dana daripada portfolio dalaman kami untuk memberi pinjaman kepada peminjam," katanya.
Bagi nisbah pembiayaan tidak berbayar bersih (NPF) dalam tempoh kajian, Kamaruzaman berkata ia berada pada kadar 1.9 peratus berbanding 2.5 peratus pada September 2007. Katanya, prestasi yang baik itu didorong oleh dasar dan amalan pembiayaan telus serta disokong oleh pengurusan kredit yang kukuh dan proses susulan kredit yang proaktif.

No comments: