PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081014

HFMD di Sarawak terkawal

Punca yang menyebabkan menularnya wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menyerang kanak-kanak di Sarawak sejak kebelakangan ini masih 'misteri'.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata Kementerian Kesihatan sehingga kini masih belum mengetahui punca sebenar yang menyebabkan penularan wabak itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri, berkata kementerian itu sedang berusaha untuk mengenal pasti kitaran wabak itu, bagi memudahkan kerajaan mengetahui puncanya.

"Bila kita sudah tahu sebab penularan wabak berkenaan, kita akan dedahkannya kepada umum. Apapun, sekarang penularan HFMD di negeri termasuk di Miri, masih terkawal. "Walaupun kita sudah tutup sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Tudan, wabak berkenaan tidak membimbangkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Taman asuhan itu sudah ditutup sejak tiga minggu lalu, selepas tiga kanak-kanak dari Taska itu dikhuatiri dijangkiti wabak berkenaan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Pemodenan Pertanian, berkata kerajaan sudah meminta kementerian berkaitan melakukan kajian terperinci mengenai HFMD.

Katanya, kajian yang teliti perlu dilakukan untuk memudahkan kita mengenal pasti punca wabak, sekali gus mengawal penularan pada masa akan datang.

Dr Chan berkata, antara langkah penting untuk mengurangkan risiko wabak berkenaan ialah memastikan pesakit yang dijangkiti mendapatkan rawatan awal seberapa segera yang boleh.

"Rawatan awal penting bagi mengelakkan jangkitan bertambah serius dan ia akan menjadi sukar dikawal," katanya dan menambah orang ramai tidak perlu bimbang dengan wabak itu. Yang penting, katanya, semua pihak perlu mengutamakan aspek kebersihan sebagai satu amalan harian yang wajar diberi perhatian serius.

"Jika rumah atau taman asuhan bersih, saya yakin penularan wabak HFMD dapat dielakkan. Kebersihan amat penting dalam semua aspek kehidupan seharian," katanya.

Terbaru, satu ke HFMD dilaporkan di Sibu, kes berkenaan turut membabitkan satu kes kematian di kawasan berkenaan.

No comments: