PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081022

'Suruhanjaya Media perlu diwujudkan'

Satu Suruhanjaya Media perlu ditubuhkan bagi menjaga dan memantau kepentingan, kewibawaan serta integriti semua institusi media di negara ini pada masa depan.

Pensyarah di Sekolah Kajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Safar Hasim, yang mencadangkan perkara itu berkata, suruhanjaya itu juga perlu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam 10 tahun pertama penubuhannya.

"Suruhanjaya ini adalah badan bebas di bawah Parlimen seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) antara lain bertanggungjawab menguatkuasakan etika dipersetujui kerajaan, pengamal media dan orang ramai.

"Suruhanjaya ini perlu diwujudkan bagi memantau media selepas pelbagai undang-undang media dimansuhkan dan dipinda. Suruhanjaya ini juga perlu terbuka dan menggalakkan lebih banyak surat khabar di negara ini. Media yang terbuka, mencambahkan lagi demokrasi di negara ini," katanya antara ahli panel dalam Kolokium Dasar Media di Malaysia, anjuran Institut Pembangunan Komunikasi Asia (Aidcom) yang berlangsung di sini, semalam.

Safar juga memuji keterbukaan diberikan kepada media di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbanding ketika pentadbiran sebelum ini.

No comments: