PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081021

Langkah tangani krisis

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia tidak akan terjerumus dalam kemelesetan ekonomi pada tahun depan serta dapat menampan krisis ekonomi global yang mula melanda Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ekonomi Malaysia mempunyai tiga kekuatan yang membolehkannya mengelak kegawatan iaitu dasar yang kukuh, berdaya tahan dan aktiviti ekonominya bersifat menyeluruh.

Pada sidang akhbar berasingan di Putrajaya dan Kuala Lumpur hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan langkah-langkah baru merangsang ekonomi, antaranya:

* Kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn. Bhd. kepada RM10 bilion. Valuecap ialah syarikat pengurusan dana milik kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dalam ekuiti-ekuiti strategik tempatan.

* Perbelanjaan projek-projek kerajaan pada tahun depan tidak akan dipotong walaupun sesetengah projek utama akan disemak semula.

* Menilai kembali anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini yang sebelum ini dianggarkan sebanyak 5.4 peratus. Perincian kadar baru KDNK akan diumumkan dalam penggulungan Bajet 2009 pada 4 November ini.

No comments: