PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081013

Minyak mungkin turun 10 sen lagi

Harga runcit petrol dan diesel akan turun 10 sen seliter dalam masa terdekat jika harga minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$100 dolar setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kerajaan akan menurunkan harga minyak sekali lagi jika trend harga minyak mentah dunia berterusan.

"Bagaimanapun, penurunan harga petrol dan diesel tidak boleh sampai 30 sen kerana ia boleh menjejaskan sistem pengedaran seperti di stesen minyak.

"Jika harga minyak terus pada paras bawah AS$100 dolar setong, tidak mustahil rakyat akan menikmati penurunan harga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Pada 25 September lalu, harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 kini RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Pelarasan terbaru harga petrol dan diesel adalah kali kedua dilakukan kerajaan sejak yang pertama pada 23 Ogos lalu.

No comments: