PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081028

Kerajaan disyor wujudkan Pelan Pekerjaan Nasional

Kerajaan disaran mewujudkan Pelan Pekerjaan Nasional sebagai polisi atau garis panduan khusus bagi mengatasi kebergantungan negara terhadap pekerja asing.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, berkata langkah itu dijangka mampu meningkatkan penggunaan sumber tenaga kerja tempatan secara optimum di samping mengurangkan pekerja asing dengan berkesan selaras kehendak kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan perlu mencontohi Jepun yang berjaya merangka dan melaksanakan pelan itu bukan saja untuk mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing malah berjaya menarik sumber tenaga kerja tempatan di kalangan wanita berkeluarga dan pesara untuk bergiat semula dalam semua sektor pekerjaan.

“Negara kita contohnya, hanya memanfaatkan 46 peratus sumber tenaga kerja wanita walhal setiap tahun institut pengajian tinggi (IPT) tempatan mengeluarkan lebih 60 peratus siswazah wanita yang berkebolehan. Suasana ini terjadi kerana kebanyakan wanita bekerjaya berhenti kerja apabila mula berkeluarga dan mempunyai anak.

“Negara juga mempunyai hampir 800,000 tenaga kerja profesional serta kakitangan awam yang bersara wajib pada umur 56 tahun setiap tahun dan kebanyakan mereka masih mampu menyumbang kepada negara tetapi sumber tenaga mereka tidak digunakan sepenuhnya.

“Pelan Pekerjaan Nasional boleh merangka polisi dan undang-undang buruh yang lebih anjal dalam menarik kembali wanita berkeluarga dan pesara profesional ini bekerja semula.

Jika negara menggunakan sepenuhnya 60 peratus siswazah wanita yang dikeluarkan IPT tempatan, negara mampu mengurangkan sehingga 1.2 juta pekerja asing setiap tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments: