Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu konsep meritokrasi politik diamalkan untuk memilih pemimpin berkebolehan dan menolak mereka yang mengamalkan politik wang pada pemilihan parti itu, Mac depan.
Beliau berkata hanya pemimpin tulen akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menggerakkan agenda parti khususnya menghadapi musuh Umno dan bukannya ’bersembunyi’ di belakang ahli.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata perkara itu penting memandangkan Umno sebagai sebuah parti politik juga sudah menolak amalan politik wang.
No comments:
Post a Comment