Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan Jumaat ini.
Katanya, penurunan itu melibatkan harga beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang tersebut yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar.
``Hari Jumaat ini akan saya umumkan bagi pihak syarikat pengilang tersebut. Ini adalah satu permulaan,'' katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment