PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091123

Video lucah RM5


GAMBAR lucah yang dimuat turun dalam telefon bimbit


KEDAI aksesori telefon bimbit menyediakan perkhidmatan muat turun gambar dan video lucah.

Kedai aksesori telefon bimbit Dengkil kutip jualan lumayan

Perkhidmatan muat turun gambar dan video lucah untuk peminat bahan pornografi termasuk pekerja asing dan pelajar oleh segelintir pemilik kedai telefon bimbit di pekan Dengkil, Sepang di sini, dikatakan mampu membawa pulangan lumayan hingga membolehkan mereka hidup mewah hasil kegiatan itu.

Menurut sumber, peniaga menawarkan perkhidmatan itu kerana modal diperlukan amat kecil iaitu tidak sampai RM10 bagi membeli perisian cetak rompak, sedangkan keuntungan bakal diperoleh pula amat tinggi hingga mencecah beribu ringgit sebulan.
Hasil tinjauan Sentral di sekitar Taman Dengkil Jaya dan pekan Dengkil baru-baru ini mendapati perkhidmatan itu ditawarkan kebanyakan premis menjual aksesori telefon bimbit.

Bagaimanapun, difahamkan sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan serbuan pihak berkuasa, peniaga tidak menyimpan koleksi gambar dan klip video dalam komputer sebaliknya hanya dimuat turun selepas diminta pelanggan tetap masing-masing.

Malah, peniaga terbabit juga didapati dengan selambanya menawarkan perkhidmatan itu kepada pelanggan tetap dengan berkata, “You mau gambar amoi cantik ke?”
Namun, pelawaan secara terbuka itu hanya ditujukan kepada golongan dewasa, manakala golongan remaja yang berminat perlu menggunakan 'kata laluan' tertentu seperti “Bos, baik punya ada?” bagi mendapatkan khidmat muat turun video lucah ke dalam telefon bimbit mereka.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azam berkata, kata laluan itu penting bagi meyakinkan peniaga bahawa pelanggan adalah penggemar bahan lucah.

Katanya, selepas memberi kata laluan, pelanggan diberi kebebasan memilih jenis filem lucah diingini berdasarkan katalog atau demo dalam komputer riba peniaga berkenaan.

Bagaimanapun, tidak semua telefon bimbit boleh memuat turun bahan itu, kecuali telefon bimbit yang menggunakan kad memori multimedia (MMC) berkapasiti 32, 64, 128, 256 dan 512 megabait.

“Tidak sukar mendapatkan gambar dan video lucah di sini kerana kebanyakan peniaga aksesori telefon bimbit memang menawarkan perkhidmatan itu.

“Malah, ada peniaga yang mampu mengambil masa kurang 10 minit untuk memuat turun berpuluh gambar dan klip video lucah yang diingini mereka ke dalam MMC,” katanya.

Sehubungan itu, Azam berkata, kebanyakan peniaga lebih gemar menggunakan kaedah meminta MMC dan kabel USB kerana dianggap lebih selamat.

“Jika menggunakan MMC dan kabel USB, aktiviti muat turun dapat dilakukan secara tersembunyi tanpa disedari pelanggan lain, jadi peniaga boleh melayan pelanggannya sambil membiarkan proses muat turun berjalan.

“Setiap kali memuat turun video lucah, saya berbelanja antara RM5 hingga RM10 untuk memperoleh kira-kira lima atau enam video lucah dengan tempoh paparan sekitar 10 hingga 20 minit bagi setiap video,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan video lucah dalam telefon bimbitnya disebarkan pada rakannya secara percuma dan begitu juga rakannya akan menyebarkannya video terbaru apabila mereka membelinya.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, pula melahirkan kebimbangan bahawa kegiatan muat turun gambar dan video lucah terbabit akan menimbulkan pelbagai masalah sosial lain termasuk perhubungan seks rambang dan peningkatan jenayah rogol di kalangan masyarakat setempat.

Berikutan itu, Johan berkata, beliau berharap pihak berkuasa terutama polis dapat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah gejala sosial terbabit.

No comments: