PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091123

Tun Salahuddin angkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri

Tun Datuk Patinggi Abang Salahuddin semalam mengangkat sum-pah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi penggal selama dua tahun yang berkuat kuasa 5 Disember depan.

Upacara tersebut yang diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula dengan pembacaan watikah pelantikan oleh Ke-tua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Kerajaan Ne- geri Datuk Amar Mohd Morshidi Ghani mempelawa Tun Salahuddin untuk mengangkat sumpah sebelum menandatangani surat pengisytiharan sambil disaksi- kan oleh Taib dan Ketua Ha-kim Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima Richard Malanjun.

Tun Salahuddin menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 19 November lepas.

Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketiga, iaitu dari tahun 1977 sehingga April 1981 menggantikan Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang Tuanku Othman dan menyandang jawatan itu buat kali kedua pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce yang meninggal dunia pada tahun 2000.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri muda.

No comments: