PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091117

Bioteknologi berkembang

16 Nov. 2009 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkembangan baik yang berlaku pada industri bioteknologi negara menunjukkan bidang tersebut sedang membangun seperti dirancangkan oleh kerajaan.


Menurut Perdana Menteri, ini dilihat melalui beberapa fakta seperti jumlah syarikat berstatus BioNexus yang sudah mencecah angka 135 buah dan jumlah ini dijangka bertambah 50 syarikat lagi menjelang tempoh dua tahun akan datang.

''Malah industri bioteknologi sendiri telah menyumbang kepada 2.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

''Oleh itu, kita meletakkan sasaran untuk industri bioteknologi menyumbang sebanyak 2.5 peratus menjelang 2011,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat, Antarabangsa (IAP) Bioteknologi Keempat di sini hari ini.

Setakat ini jumlah pelaburan syarikat berstatus BioNexus adalah bernilai RM1.51 bilion dengan jumlah pendapatan lebih RM700 juta.
sebanyak enam perkara untuk dilaksanakan.

Sebanyak enam perkara dicadangkan untuk dilaksanakan.

Antaranya menubuhkan sebuah pusat penyelidikan utama dan mewujudkan ekosistem yang sesuai bagi menarik minat pekerja berpengetahuan negara untuk kembali berkhidmat di Malaysia.

Selain itu, ia turut menyarankan supaya Malaysia menjadi hab pembangunan klinikal terutama untuk industri kelapa sawit dan memberi keutamaan kepada ujian tambah nilai klinikal dan ujian diagnostik kerana kesesuaian negara ini yang mempunyai rakyat pelbagai kaum.

No comments: