PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091130

Malaysia destinasi pilihan ekspatriat

Malaysia tersenarai sebagai salah satu daripada lima destinasi di rantau Asia Pasifik yang paling diminati oleh ekspatriat.

Kajian HSBC Bank International (HSBC) mendapati Australia merupakan negara paling digemari ekspatriat diikuti Thailand, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

Secara global pula, Malaysia menduduki tangga ke-11 berbanding Bahrain (5), Afrika Selatan (6), Perancis (7), Amerika Syarikat (8), Jerman (12), Belgium (15), Jepun (16), Vietnam (19), China (22), United Kingdom (23) dan India (25).

Daripada 26 negara yang dikaji, Kanada adalah negara yang paling diminati ekspatriat manakala Qatar merupakan negara paling tidak diminati.

Kajian turut mendapati Malaysia menduduki tangga teratas di kalangan 26 negara tersebut dalam bidang pendidikan dan penjagaan kanak-kanak.

“Ekspatriat di Malaysia menyatakan bahawa pendidikan dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di negara ini adalah terbaik diikuti oleh Singapura.

“Malaysia bersama dengan Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Bahrain juga terpilih sebagai negara yang paling mesra kepada ekspatriat,” kata laporan itu yang dipetik daripada www.offshore.hsbc.com.

Lebih 3,100 orang ekspatriat di seluruh dunia terlibat dalam kajian tersebut untuk menentukan negara mana menyediakan kualiti hidup yang paling selesa untuk mereka.

Antara perkara yang dinilai meliputi kemudahan tempat tinggal, makanan, hiburan, pengangkutan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, waktu kerja dan kehidupan keluarga.

Kajian tersebut menyatakan kebanyakan ekspatriat masih suka bekerja di Thailand walaupun tangga gaji di negara itu lebih rendah berbanding di negara asal ekspatriat.

“Ekspatriat yang bermastautin di Thailand lebih berpuas hati dengan kehidupan sosial mereka di negara itu dengan lebih separuh menyatakan kualiti kehidupan sosial mereka bertambah baik,” kata laporan itu.

Kajian tersebut turut melaporkan bahawa kebanyakan ekspatriat menghadapi masalah untuk menguasai bahasa Thai ketika bermastautin di negara itu.

“Bagaimanapun hampir 56 peratus ekspatriat di Thailand rela untuk belajar bahasa tempatan bagi memudahkan mereka bergaul dengan masyarakat.

“Seramai 76 peratus ekspatriat di negara itu mempunyai kawan warganegara Thailand manakala 47 peratus pula berjaya mencari kekasih mereka di negara itu,” menurut laporan itu.

No comments: