PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091130

Fikirkan keselamatan perairan

Malaysia dan negara jiran tidak seharusnya memberi fokus terhadap masalah tuntutan bertindih melibatkan beberapa kawasan perairan di rantau ini sehingga menyebabkan kegiatan lanun bergerak aktif.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semua negara terlibat perlu memikirkan cara untuk bekerjasama bagi memastikan kawasan perairan rantau ini selamat daripada ancaman lanun.

"Aktiviti lanun terutamanya di kawasan Laut China Selatan kini pada tahap tertinggi bukan lagi konvensional," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Maritim sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 09) di sini hari ini.

"Lanun di Teluk Aden telah bergerak 1,000 batu nautika dari kedudukan mereka. Jadi, negara perlu mengambil berat hal ini bagi memastikan mereka tidak sampai ke Malaysia terutamanya di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan utama kapal-kapal dagang," katanya.

Menurutnya, sebelum ini, tuntutan bertindih di beberapa kawasan perairan telah berlaku antara lima negara sehingga menyebabkan tiada pengawasan di kawasan yang mengalami tuntutan itu.

Jelasnya, tahun ini sahaja, dua kes kecurian melibatkan kapal-kapal nelayan berlaku di perairan Laut China Selatan.

"Ia tidaklah dikelaskan sebagai perlanunan konvensional. Tetapi kita perlu memberi perhatian kerana aktiviti tidak konvensional seperti kecurian ini juga boleh bertukar menjadi kegiatan perlanunan sekiranya tidak dikawal segera.

"Musuh kita adalah pengganas dan lanun. Jadi, kita perlu bekerjasama mengatasinya bagi memastikan kesejahteraan masyarakat sejagat," katanya.

No comments: