PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091130

Berkuat kuasa 1 Januari ini, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mengambil tindakan tegas, termasuk menarik balik lesen 31,000 pemandu teksi di seluruh negara jika mereka gagal mengeluarkan resit tambang kepada penumpang.

Pengerusinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata tindakan itu diambil bagi memperbaiki sistem perkhidmatan awam negara khususnya teksi yang sering dilabel dengan pelbagai imej negatif, terutama di kalangan pelancong asing.

"Kita mahu teksi yang beroperasi di negara ini mematuhi undang-undang. Kita kuatkuasakan peraturan ini kerana menerima banyak rungutan daripada orang ramai yang mendakwa teksi mengenakan tambang sesuka hati dan tidak mengikut kadar tambang sebenar.

"Apabila ditanya, pemandu teksi memberi alasan tambang sedia ada terlalu rendah, sedangkan pada Ogos lalu, kerajaan sudah menaikkan kadar tambang teksi.

"Kini tiada lagi alasan untuk mereka enggan mengeluarkan resit serta mengenakan tambang mengikut kadar ditetapkan," katanya selepas menyerahkan sumbangan daging korban peringkat Parlimen Tenggara di Felda Sungai Sibol, di sini, semalam.

Kerajaan pada 1 Ogos lalu mengumumkan kenaikan kadar tambang teksi daripada RM2 untuk kilometer (km) pertama perjalanan kepada RM3, manakala perkhidmatan antara jam 12 tengah malam dan 6 pagi dikenakan caj tambahan 50 peratus ke atas kadar yang ditetapkan dan tambahan RM2 untuk sewaan melalui telefon.

Setakat ini, katanya 90 peratus daripada teksi seluruh negara sudah menyelaraskan meter mereka dan pencetak tambang bagi membolehkan mereka mengenakan kadar tambang baru kepada penumpang.

Halimah berkata, LPKP menetapkan tarikh akhir untuk penyelarasan meter bagi tambang baru dibuat selewat-lewatnya pada 31 Disember ini dan teksi yang gagal berbuat demikian tidak dibenarkan mengenakan kadar baru serta tidak boleh beroperasi.

"Kelonggaran diberi kepada 1,260 teksi di Pulau Pinang untuk tidak mengeluarkan resit tambang kepada penumpang sehingga 30 Jun tahun depan kerana mereka menghadapi masalah pada pencetak tambang kenderaan masing-masing yang memerlukan perbelanjaan tambahan mencecah RM350.

"Bagaimanapun, jika masih gagal menggantikan pencetak tambang teksi itu selepas tarikh berkenaan, teksi mereka tidak akan dibenarkan beroperasi," katanya.

Mengulas pemberian 3,000 permit teksi individu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika sambutan 100 hari kerajaan pimpinan beliau, Halimah berkata, setakat ini, sejumlah 5,000 permohonan diterima.

"Tarikh tutup permohonan pada akhir tahun ini dan LPKP menjangka dapat memaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya minggu ketiga Januari ini.

"Bagaimanapun, kita memberi keutamaan kepada ibu tunggal untuk mendapat permit individu ini bagi membantu mereka memulakan perniagaan teksi serta meringan beban keluarga yang ditanggung mereka," katanya.

No comments: