PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091104

1,265 terutama gadis kita ditahan di luar negara

3 Nov. – Seramai 1,265 rakyat Malaysia terutama gadis kini meringkuk dalam penjara di luar negara kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah.

Daripada jumlah itu, kira-kira 44 peratus terbabit dalam kes berkaitan dadah dengan kebanyakannya menjadi mangsa sindiket antarabangsa.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, statistik menunjukkan kebanyakan mereka terdiri daripada gadis-gadis tempatan yang berpendidikan tinggi.

Katanya, mereka dijanjikan dengan gaji mencecah AS$3,500 (RM11,900) untuk melaksanakan misi menghantar ‘barang’ yang sebenarnya adalah dadah.

“Mereka menjadi ‘gadis kurier’ untuk menghantar bekalan dadah ke sesebuah negara dengan bayaran tertentu sejurus misi selesai.

“Ia didorong kerana sifat tamak mereka untuk mendapatkan wang dengan cepat,” ujar beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau meminta semua wanita supaya tidak mudah mempercayai janji manis daripada lelaki yang baru dikenali termasuklah teman lelaki sendiri.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun lalu, seramai 326 rakyat negara ini termasuk 71 wanita telah ditahan di 37 buah negara.

Katanya, seramai 146 orang ditahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah, diikuti kesalahan pemalsuan kad kredit (83) dan kes imigresen (24).

“Manakala 13 lagi ditahan kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia dan pemalsuan dokumen (11),” katanya.

Kohilan Pillay berkata, berdasarkan statistik itu, Thailand menduduki tempat pertama dengan menahan seramai 67 banduan rakyat Malaysia diikuti Kuwait (25 orang) dan China (24 orang).

Utusan online

No comments: