PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091130

2 ekor anjing hidap H1N1

29 Nov. 2009 - Dua ekor anjing di sini disahkan dijangkiti virus influenza A (H1N1), kes kedua wabak tersebut tersebar di kalangan haiwan di China selepas beberapa ekor babi di timur laut republik ini dijangkiti virus yang sama.

Menurut akhbar kerajaan, Beijing Times yang memetik Kementerian Pertanian sebagai berkata bahawa virus H1N1 yang dikesan pada dua anjing itu mempunyai persamaan hampir 99 peratus dengan yang ditemui pada manusia.

Akhbar itu melaporkan berita tersebut berlaku 10 hari selepas empat ekor babi di wilayah Heilongjiang dikesan dijangkiti virus yang sama, yang menurut pakar mungkin berpunca daripada manusia.

Memetik pegawai Biro Pertanian Majlis Perbandaran Beijing, akhbar itu melaporkan, anjing-anjing berkenaan mungkin telah dijangkiti virus berkenaan daripada manusia yang dijangkiti virus H1N1 ketika bersentuhan dengan mereka.

"Anjing yang dijangkiti virus H1N1 boleh menjangkiti anjing lain,'' kata pegawai tersebut.

Negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Chile sebelum ini telah melaporkan kes selesema babi di kalangan haiwan.

Seekor kucing di Iowa, AS, disahkan sebagai haiwan pertama dijangkiti virus H1N1 awal bulan ini berpunca daripada virus jenis baru di dunia yang tersebar di kalangan haiwan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta pengawasan yang lebih dilakukan terhadap pekerja ladang dan haiwan-haiwan berikutan laporan-laporan kes tersebut. - AFP

No comments: