PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091117

10,000 lagi jawatan kosong

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengisi 40,719 kekosongan pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam dari awal tahun sehingga 9 November lalu, dan kini masih terdapat 10,000 kekosongan.

Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, berkata daripada jumlah itu, 7,834 adalah kakitangan berkelulusan ijazah, diploma (9,953) manakala seramai 22,932 membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, pihaknya menerima 1.4 juta permohonan bagi tempoh sama, menunjukkan peningkatan berbanding 996,791 permohonan tahun lalu.

"Tahun lalu seramai 52,369 calon dilantik dan tahun ini kita menjangkakan 50,000 orang,” katanya.

Buat masa sekarang SPA mencari calon bagi tiga jawatan kritikal yang perlu diisi segera iaitu pegawai perubatan, farmasi dan pergigian.

“Memang ramai yang memohon namun kita mencari calon yang benar-benar berkelayakan dan sesuai dengan jawatan berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA cawangan Kuantan, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPA, Datuk Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Jamaluddin berkata, proses temu duga bagi tiga jawatan kritikal berkenaan dilakukan setiap hari namun masih terdapat kekosongan yang banyak.

"SPA perlu meneliti setiap permohonan dengan sebaiknya supaya calon dilantik betul-betul berkualiti dan mampu menggalas tugas yang diberikan.

"Peluang sama rata juga diberikan kepada bangsa lain malah mulai awal September lalu SPA memutuskan untuk tidak menyediakan ruangan identiti kaum atau keturunan dalam borang permohonan," katanya.

Sementara itu, mengulas pembukaan pusat temu duga terbabit, beliau berkata ia bagi memudahkan calon di negeri ini menghadiri sesi temu duga dalam keadaan serta kemudahan yang lebih selesa.

"Ini pusat temu duga kedua selepas Kota Bharu, Kelantan dan menjelang akhir tahun ini sebuah lagi akan diwujudkan di Ipoh, Perak.

"Bagi tahun depan pula, SPA merancang membuka pusat di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak," katanya.

Jamaluddin berkata, pusat temu duga yang dibuka dilengkapi kemudahan komputer membolehkan orang ramai mengemukakan permohonan secara dalam talian selepas penggunaan borang manual di mansuhkan pada 1 Januari lalu.

Petikan Berita Harian Online 17/11/09

No comments: