PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091118

Sarawak: Peruntukan besar tingkat kualiti pendidikan

Peruntukan besar sebanyak RM150 juta menerusi pakej ransangan ekonomi ke arah meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di negara ini membuktikan kerajaan amat serius membangunkan modal insan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga ahli Parlimen Miri, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata peruntukan besar itu menunjukkan kerajaan Pusat amat komited meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak, termasuk menerusi pelbagai program yang sudah dirancang termasuk Program Permata untuk sekolah Taman Bimbangan Kanak-kanak (Tabika).

Beliau berkata, untuk menjayakan usaha berkenaan kerajaan akan menghantar guru tabika mengikuti kursus Diploma Perguruan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang masing-masing.
“Program ini dilaksanakan pada musim cuti persekolahan. Ia secara tidak langsung akan dapat memberi peluang kepada guru tabika meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum kanak-kanak, seiring dengan arus pemodenan modal insan yang harus dimulakan pada usia muda.

“Bak kata pepatah melantur buluh biarlah dari rebungnya. Bila dah jadi buluh memang sukarlah untuk dilenturkan lagi,” katanya di majlis penyampaian sijil dan hadiah kanak-kanak Tabika Kemas di Parlimen Miri, di sini, semalam.

Chin berkata, Kementerian Kewangan juga sudahpun bersetuju meluluskan peruntukan RM77 juta kepada Kemas bagi menaik taraf 200 Taman Asuhan Kanak-kanak sedia ada di seluruh negara.

Beliau yakin peruntukan itu dapat digunakan untuk meningkatkan peranan institusi berkenaan, khususnya untuk perkembangan minda kanak-kanak berusia 4 tahun termasuk di kawasan luar bandar.

“Saya yakin Kemas akan dapat menjayakan misi berkenaan untuk manfaat generasi muda yang bakal menjadi perwaris negara.

“Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan berminda kelas pertama dan berjiwa murni,” katanya.

Beliau berkata, sejak tahun 1970an, Kemas sudahpun memainkan peranan aktif dalam bidang pendidikan dan asuhan awal kanak-kanak, khususnya di luar bandar.

Katanya, dalam tempoh empat belas dekat, Kemas berjaya mewujudkan sebanyak 8,364 tabika untuk kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun dan berjaya mendidik seramai 4.9 juta kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur.

No comments: