Pelukis pelan jabatan mulakan program awal tahun depan
Seramai 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjadi perintis program kerajaan untuk melaksanakan amalan kerja dari rumah bermula 1 Januari depan.
Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata mereka akan melalui tempoh percubaan tiga bulan sebelum kerajaan memutuskan sama ada program itu wajar diteruskan atau sebaliknya.
"Jika percubaan itu berjaya dan produktivitinya meningkat, kita akan memperluaskan program berkenaan kepada penjawat awam lain dan mungkin juga ia akan diperluaskan di kementerian lain.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan budaya kerja di rumah sebagai satu amalan di negara ini, sekali gus sebagai persediaan untuk menuju ke arah negara maju," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
Shaziman berkata, program yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu turut memberi manfaat kepada pekerja,
terutama dari segi penjimatan petrol, tol dan mengurangkan kesesakan jalan raya.
“Perdana Menteri bersetuju untuk menjadikan pelukis pelan JKR sebagai kumpulan perintis. Walaupun jumlahnya hanya 35 orang, tetapi ia penting kepada negara dari segi jangka panjang.
"Kalau penjawat awam itu wanita, ia lagi memberi manfaat kerana masa untuk keluarga akan bertambah dan saya harap program ini akan memberi kejayaan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, program seumpama itu sudah banyak dilaksanakan oleh syarikat ternama dunia dan terbukti ber-
jaya meningkatkan produktiviti.
"Saya lihat banyak juga syarikat ternama dunia membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah, cuma kerajaan yang belum melakukannya," katanya
No comments:
Post a Comment